TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 61)
Dubai (III)
"Setiap.sesuatu penting" adalah mantra dalam perniagaan. Ia juga penting dalam kehidupan.
Kalau kita lakukan sesuatu hanya sekali dua, mata & minda kita mungkin tidak setajam mana. Bagi saya yang selalu terbang melalui pelbagai lapangan terbang, pesawat & juga hotel, banyak yang saya perhatikan.
Perniagaan perhotelan di Dubai menarik perhatian saya. Ada pelbagai jenis hotel. Yang mahal & yang murah. Apaabila saya ditaja penerbangan saya, saya akan memilih hotel 5 bintang. Kegemaran saya Emirates Tower Hotel & Shangrila Hotel di Jalan Sheikh Zayed. Ini di era sebelum adanya Burj Khalifah. Lanskap Dubai berubah sejak adanya bangunan tertinggi di dunia di sana.
Hospitaliti di hotel amat menarik. Profesional. Memang sektor hartanah dekat di hati orang Arab. Ini tidak dapat dinafikan. Kelengkapan perabut dalam bilik hotel kemas & cantik. Gym pula macam standard dunia. Cafe pun menarik. Pelbagai menu makanan. Bila masuk hotel mewah di Dubai rasa macam terasing dari dunia luar. Memang berbaloi. Kita dapat apa yang sepatut sebuah hotel sediakan. Yang paling menarik ruang lobi hotel besar & sesuai bagi mesyuarat Banyak mesyuarat saya berlangsung di ruang lobi bertemankan teh morocco atau kopi Arab dengan kurma atau kek pilihan.
Kalau saya terbang atas belanja sendiri, saya akan tinggal di hotel murah. Saya seorang usahawan dengan modal wang sendiri. Kapalterbang pun naik kelas ekonomi. Hotel Ibis atau Novotel menjadi pilihan. Walaupun bertaraf sederhana, ia ada segala2nya. Gym. Lobi. Cafe. Bilik yang berfungsi kemas.
Saya tak kisah sangat hotel saya. Kadang2 saya hanya check in hanya untuk 8 jam sebelum terbang semula. Hidup tak perlu bermewah2 tapi bermakna (meaningful) & berfungsi (functional).
Lapangan terbang Dubai pun berbeza dengan banyak lapangan terbang lain di dunia walaupun lapangan lama. Bila Dubai ada lapangan terbang baru (Terminal 3), ia adalah sebuah istana kepada pengembara. Shopping. Hotel. Dining. Mesyuarat. Shower. Macam2 ada.
Saya suka mencari sudut bagi bekerja di lapangan terbang. Biar kerja penat2 sebelum naik pesawat. Nanti di awan biru, boleh berehat & tidur dengan mimpi yang indah.
MDB